Wednesday, March 19, 2008

MENGAPA AF MASIH DIMINATI

Oleh: ROSLI MANAH Foto: JEFFRI IRAN

Mengapa Akademi Fantasia (AF) masih menjadi bualan? Walaupun AF5 dikritik hebat dulu, tapi program itu masih diteruskan lagi. Malah kali ini menjanjikan kelainan. Itulah janji pihak penerbitannya di Astro.

Memang AF menjadi program paling berpengaruh dalam banyak segi. Sponsor banyak, peminat ramai dan peserta juga berebut nak masuk. Berjaya ke senarai akhir sebagai peserta AF ibarat masa depan untuk jadi artis sudah terjamin.

Tak kiralah jadi apa pun, kalau tak ada peluang rakam album pun dapat juga mereka tawaran mengadakan persembahan di seluruh negara. Paling tidak pun, jadi deejay radio dan yang ada rupa sikit boleh jadi pelakon drama atau filem. Sebab itulah AF macam jadi batu loncatan untuk seseorang yang nak jadi artis. Tapi ada juga yang tak minat dengan AF ni.

Apabila dah jadi artis sama ada boleh berkembang atau sebaliknya bergantunglah kepada usaha dan nasib masing-masing. Juara pun kalau tak ada usaha yang lebih, susah juga nak kekal selepas program tamat.

Bergaya... Faisal dan Wana.

Saida dan Naim memperkenalkan diri.

Isnin lalu (10 Mac 2008) diadakan sidang akhbar memperkenalkan barisan bakal peserta. Majlisnya mengalahkan pelancaran album baru seorang artis popular. Demikian pihak Astro cuba menonjolkan peserta program mereka.

25 bakal pelajar ibarat sudah bergelar bintang. Walhalnya belum tentu bakal terpilih pun. Pada 15 dan 16 Mac ini barulah senarai pelajar akan diumum. Belum tentu lagi berapa jumlahnya, mungkin 12 dan mungkin juga lebih.

Dalam majlis itu dua peserta diperkenalkan satu persatu. Apabila nama disebut, mereka buat catwalk dan menuju ke tengah pentas untuk ditemu bual oleh pengacara, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim. Mereka turut melantonkan sebaris dua lagu untuk pengenalan vokal.

Hairina Abd. Halim (Rina), 44, menjadi highlight hari itu. Alasan pihak Astro kerana Rina pernah menjadi paparan media semasa menghadiri uji bakat dulu. Mereka ingin memberi ingatan bahawa itulah Rina yang sama, iaitu seorang nenek yang turut sertai AF6.

Pengacara baru AF... AC dan Sarimah. Mampukah menyamai kehebatan Aznil Nawawi?

Walaupun diuar-uarkan membuka peluang kepada peserta berusia sehingga 45 tahun, hanya Rina seorang sahaja yang berusia lebih 40 tahun. Beberapa orang berusia awal 30-an dan selebihnya anak muda berusia belasan dan awal 20-an.

Sejak mengumumkan membuka peluang kepada pesertas berusia, AF yang pernah dikritik dan dikatakan suram, kembali panas. Pihak Astro berjanji akan membuat kelainan dan menekankan mutu vokal. Selepas majlis memperkenalkan pelajar, nampaknya apa yang dijanjikan itu ada benarnya.

Rina memiliki suara yang baik. Stanly atau Stanley Maringai David Impi, 25, dari Kuching, Sarawak pula ada suara yang unik semasa memperkenalkan diri. Kekurangan mereka, Rina agak berusia dan Stanly pula berbadan gempal. Kakak Datuk Siti Nurhaliza, Siti Norsaida Tarudin (Saida), 32, juga miliki vokal baik, tapi nasibnya belum pasti sebab sudah berusia dan beranak empat.

Rina.... nenek vouge buat catwalk.

Dari segi penampilan, ada beberapa bakal pelajar wanita yang mempunyai pakej baik seperti Ika, Lufya, Nadia dan Sofea. Peserta lelaki yang dikira ada rupa pula seperti Riz, Faisal dan Nubhan.

Faktor penampilan juga kadang-kadang jadi faktor meraih undian peminat pada peringkat awal. Apabila yang berbakat mula menunjukkan taring, barulah pola indian bertukar kepada mutu vokal mereka pula.

Ning Baizura dan Ogy jadi pengkritik tetap. Ogy semua tahu caranya. Tapi mampukah Ning Baizura memberi komen telus dari hati. Maklumlah dia masih aktif menyanyi dan ada album baru... takut nanti jadi bahan kritikan peminat fanatik Akademi Fantasia pula.

Ini program realiti yang memberi kuasa kepada peminat memilih, jadi kenalah terima siapa yang mereka. Tak ada orang yang tak sukakan benda yang cantik di dunia ini. Itulah realiti.

No comments: